KAEDAH PENGAJARAN


APA ITU QIRAATI?

Qiraati merupakan satu kaedah praktis bersepadu membaca Al-Quran berasaskan kaedah Othmani yang mempunyai 5 jilid buku sesuai untuk kanak-kanak dan 3 jilid yang dikhususkan untuk dewasa.

Kaedah bacaan Qiraati ini merupakan kaedah alternatif yang popular di kalangan masyarakat muslim Malaysia khususnya dan sungguh berkesan diajarkan kepada anak-anak yang baru mempelajari Al-Quran dalam memastikan tahap penguasaan anak-anak dalam membaca Al-Quran lebih sempurna dan lancar.

Tenaga-tenaga pengajar Qiraati dikehendaki mempunyai kelayakan dan bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan daripada panel penilai Qiraati Malaysia,ujian tashih tajwid dan osmani terlebih dahulu sebelum mereka diberi kebenaran mengajar menggunakan kaedah ini.
  • Pengenalan awal qiraati sistem baca terus mengunakan konsep, lihat-kenal-baca jilid1-5 
  • Terdapat 2 kaedah pengajaran; iaitu secara klasikal/individu
  • Terdapat sessi bacaan Al-Quran secara individu/tadarus/tajwid/gharib muskilat osmani /hafalan surah pilihan/hafalan doa harian zikir selelpas solat /penulisan jawi
  • Disamping itu pelajar juga diajar cara peraktikal solat apabila semua pelajar dikehendaki solat magrib dan isyak setiap hari dikelas,ini dapat melatih pelajar supaya biasa dengan solat fardhu dan melatih mereka cara bacaan dalam solat serta zikir selepas solat.

HAFALAN DOA      

Terdapat beberapa doa-doa asas yang diajar oleh pengajar-pengajar kami yang bertauliah. Antaranya:

  • Doa penerang hati
  • Doa sebelum tidur
  • Doa bangun dari tidur
  • Doa masuk tandas
  • Doa keluar tandas
  • Doa sebelum makan
  • Doa selepas makan
  • Doa memakai pakaian
  • Doa masuk rumah
  • Doa keluar rumah
  • Doa masuk masjid
  • Doa beristinja'
  • Doa kedua ibu bapa
  • Doa sebelum belajar
  • Doa selepas belajar
  • Doa menaiki kenderaan
  • Doa kebahagiaan dunia akhirat
  • Doa selepas mendengar azan/iqamah
  • doa selepas sembahyang waktu

SURAH-SURAH HAFAZAN

  • Ayat-ayat Lazim (Surah Ad-Duha sehingga An-Nas)
  • Pelajar juga dibimbing untuk menghafaz surah Yasin / surah As-Sajdah / Surah Al-mulk

AKTIVITI TAHUNAN


  • Program qiyamullail
  • Lawatan sambil belajar
  • Pertandingan bakat anak soleh
  • Majlis bacaan yasin dan tahlil
  • Majlis sempena maulidu Raul.s.a.w
  • Majlis Khatam Al-Quran Qiraati